Saturday, 31 May 2014

La Tahzan

Bonjour,


Aku rasa tak happy. Korang? So harini just nak share few verses yang mungkin membantu kurangkan kesedihan dan menaikkan semangat yang jatuh.







Credits to google images.

My personal favorites are 2:45 , 2:214, 2:263, 2:286, 3:9 , 9:102. Haa pergilah check al quran dan senyum mengenang besarnya rahmat Allah :)

Oklah bye.

XOXO,
Bukan Plain Jane.

Friday, 30 May 2014

Sharing is caring 1.0

Bonjour,


And so aku tarik balik dua entries emo aku sebab orang kata macam kokping, huh. Lagipun aku nak gambarkan kegembiraan dalam blog ni, so that when I'm no longer around, orang yang baca akan nampak kegembiraan aku, dan rasa bersyukur atas kehidupan yang diberi. Okay, so harini macam biasa my favorite part of Jumaat is kelas Sheikh Aslam. Harini Sheikh Aslam tak mengajar, tetapi yang penting ilmu tu okay. Sekadar berkongsi, semoga bermanfaat.

So basically harini belajar mengenai masjid. Dalam kita memelihara kebersihan masjid, walaupun kita nampak ada orang buang air di tempat wuduk, do not get angry. Tegur elok-elok, kemudian bersihkan tempat tu. Second, apa yang menarik kita untuk ke masjid is the call to prayer (azan). Jadi, amatlah beruntung kaum lelaki ni yang azan kat masjid atau surau atau mana-mana je lah kerana dia akan dapat pahala jemaah yang terpanggil untuk ke masjid tu. Untung lelaki ni, kalau aku jadi lelaki dah belajar azan molek dah nak kumpul pahala ni. Make sure our intention untuk ke masjid, adalah kerana Allah SWT. Inshaallah.

Ayat Quran pula harini belajar mengenai surah Al-Araf ayat 1-10. Basically ayat ni juga menceritakan mengenai our existence. Sebab ada terangkan mengenai revelation of quran, sama ada kita ikut atau tak, dan timbangan di akhirat nanti. Islam is not created for you to distress. Kadang-kadang kita tak boleh mengubah orang, takpe, yang penting usaha menyampaikan. Jadi jangan distress dalam agama :)

Kepada yang nak baca translation quran tu, boleh buka quran.com . Untuk explanation yang lebih mendalam, boleh pilih Muhsin Khan kat tepi tu. Inshaallah, membantu untuk faham dengan lebih mendalam. Kongsi-kongsikanlah ye. Boleh tumpang pahala. Hehe

Alright, dah habis sharing. Semalam rindu sangat ma, and suddenly terfikir, macam mana aku rindu kat ma, mesti ma lagi rindu kat aku. Mesti dia lagi sedih sebenarnya. Huhu, homesick. I hope my mom is proud of me. hmm

Ma dengan adiknya dan cucunya. huhu


Okaylah bye.

XOXO,
Bukan Plain Jane.

Tuesday, 27 May 2014

100 days in Brisbane.

Bonjour,


Aku sebenarnya nak throwback je. Haritu my girlfriends and I kitorang pergi dinner dekat Ahmet, Southbank sebab nak meraikan 100 hari kami di Brisbane (fuh fuh penat jugalah nak survive kat sini) dan juga ingin meraikan birthday girl iaitu Elviana May Encheng kawan kitorang yang meletops diva gitu. Kitorang pun walaupun satu University jarang gila jumpa. So sekali sekala jumpa untuk eratkan lagi ukhwah apa salahnya kan? Nah gambar-gambar macho aku dan kawan-kawan.

 Gadis-gadis Oregon.

Housemates for 2 years :)

okaylah peluklah peluk.

Turkish Dinner.

Haa, inilah birthday girl tersayang!


Hanun and cik eton (haa selfie lagi pakai phone aku)

One and only Azila Azahar.

Iffah and Azila.

Makan!!!!! (part ni paling aku suka)

OOTN (tema hantu bonceng/bikers)

Kan best kalau lobster riri jimbo ada sekali...eh okaylah au revoir!

XOXO,
Bukan Plain Jane.

Selasa, 27 May 2014.

Bonjour,

Nama saya bukan plain jane dan ya ni blog baru. Sebab blog dulu banyak puisi dan akan terus menjadi blog deep teruk mungkin. Entahlah, aku dah malas. Aku just nak jadi positif dan gembira. Nak tulis benda-benda gembira, komplen dan rant benda-benda dalam hidup aku ni (tanpa bahasa puitis).

So harini aku masih dalam mood positif cuma petang tadi bad mood sikitlah sebab tetibe lah pula gigi nak sakit. Faham tak sakit gigi tu satu penyeksaan? Nangis jugalah dalam lecture political ideas sebab sakit sangat. Lepas tu pula harini lobster bad mood so, macam taknak layan pun aku buat lawak ke tanya ke. Lagilah aku rasa macam bosannya lah hidup kan best kalau boleh balik rumah cari gaduh dengan adik sekarang! Jadi aku pun apa lagi, balik je rumah terus ganggu hidup adik aku dengan cara favorite tweets dia dengan girlfriend dia. Hehe, gembira jugalah dapat annoyedkan dia. *senyum lebar jahat*

Lepas tu aku macam serabut balik rasa takda kawan ni so aku pun nekadlah belajar main keyboard lagu All of Me sebab mood nak buat research paper tak kunjung tiba (jangan judge/jug okay otak aku dah tepu tau struggle siapkan essay Inequality lepas yang aku buat tu hilang). Dia tahap tepu dia kalau kau tunjuk gambar kau kat aku, aku nampak Amartya Sen je dah muka kau tu haa. Bagilah peluang aku rileks sikit main keyboard. Lepas tu kan aku send lah kat mak aku. Mama tersayang pun reply, "apa ni tak belajar, pergi Australia jadi penyanyi". So I was like okaylah ma orang tak nyanyilah, orang tulis blog pula! KAH! Nah dengarlah suara ku yang amat macho ini.


okaylah, au revoir!


XOXO,
Bukan Plain Jane.